Banyak orang tidak tahu bagaimana perkataan USAHAWAN boleh wujud dimuka bumi nih… Kisah ini berlaku diawal tahun 80-an disebuah kampung di Utara negeri Kelantan.
Kisahnya bermula sebegini… Ada sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan yang serba sederhana. Ketua keluarga ini adalah Pak Harun. Pak Harun ada 4 orang anak. yang sulung bernama Azizah, Yang ke-2 Azwan yang ke-3 Azwani yang bongsu Azizul.
Dipendekkan Cerita Azizah dan Azwan Lepasan universiti. Seorang Ijazah Sains Pentadbiran dan seorang lagi Ijazah Pentadbiran Awam. Azizah memilih untuk bekerja di sektor kerajaan namun Azwan tidak. Dia memilih untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Entah dimana silap ajaran Pak Harun kepada anaknya Azwan ni seorang degil betul. Sebelum Azwan memulakan perniagaannya. Berkali-kali Pak Harun melarang sekerasnya.
“Wan betul ke ko nak berniaga?’
” Yea Lah ayah, Berniaga nih boleh jadi kaya yah”
“wan kau ada modal ke nak berniaga. tak payah lah wan… dengar cakap ayah nih.. ko pergi jer kerja kerajaan. jadi pegawai. lagi senang”
“itu kata ayah. saya yakin saya boleh berjaya dengan berniaga!!!”
“Wan, Dengar Cakap ayah nih. Usah lah wan berniaga.. usah lah wan!”
“wan tak kira wan nak jugak.. wan nak jugak” (akhirnya Azwan meninggalkan perbualan tersebut dan membuat keputusan untuk meninggalkan kampung untuk berniaga. Dia bertekad untuk membuktikan kepada ayahnya dia boleh berniaga. dan berjaya”
Setelah 5 Tahun meninggalkan kampung…
Pada suatu petang… Munculah sebuah kereta Mewah menyusuri kampung Pak Harun… Tetiba Kereta itu Berhenti betul-betul dihadapan rumah Pak Harun. Maka Keluarlah Seorang Anak muda yang berpakaian sungguh segak sekali. “Anak orang kaya mana nih” Bisik hati kecil Pak Harun.
Tiba-tiba… “Ayah, Wan dah Balik… Wan balik Yah…”Kata Azwan ” Azwan anak ayah”. Sambut Pak Haruh…
Suasana sedih dan pilu menyebulungi mereka anak beranak….
Setelah lama.. suasana pun menjadi tenang… Maka.. Pak Harun pun bertanya dengan anaknya”Wan mane ko dapat kereta mewah ni nak? Ko rompak ke?”
“Ish ape lah ayah nih.. ini lah hasil usaha wan, wan kan berniaga!”
Dengan Terkejut” Ape? Inilah Hasil USAHA WAN? wow! hebatnya kau wan… tak sangka hasil USAHA WAN Berbaloi.”
Sejak dari itu… rumah Bapaknya digantikan dengan banglo mewah. Motor buruk ayahnya ditukarkan dengan kereta.
Setiap kali orang tanya Pak Harun macamnan dapat semua ini mesti dia akan Menjawab.” Itulah USAHA WAN”
USAHA WAN dan Usaha Wan…
Maka dari situlah munculnya perkataan USAHAWAN DIMUKA BUMI INI…
(apa yang diceritakan ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kene mengene dengan yang hidup atau yang mati. Sekadar untuk Berhibur sahaja)
sincere.love.care
m_rasheidy
unlimitedpowerdollarman@gmail.com
March 11, 2010
Salam dan Selamat Pagi tuan, kepada anda yang belum tidur lagi… disini saya nak kongsikan sedikit pengalaman yang saya dapat pada hari ini… mungkin tuan-tuan boleh dapat sesuatu darinya… pada hari ini saya telah berjumpa satu kelompok manusia yang mana mereka begitu Taksub dengan duit… saya lihat dari segi percakapan mereka… fokus mereka adalah untuk memenuhkan kantung mereka sendiri… kenapa ya??? kadangkala saya sendiri hairan dengan sikap mereka… tidak kah mereka sedar bahawasanya duit bukan segala-galanya… namun begitu semuanya memerlukan wang… dalam bisness network marketing ni… apa fokus anda sebenarnya??? adakah wang semata-mata??? Jika anda hanya fokus pada wang sahaja… saya yakin dan percaya… organisasi yang anda bina tidak kekal lama… kerana anda sendiri telah mula mendidik organisasi anda untuk berorientasikan wang…
Tuan… tuan kena ingat tuan… kalau tuan nak buat duit… tidak semestinya tuan kena buat bisnes network marketing tuan… tuan kerja sapu sampah pun tuan dapat duit, tuan tolong basuh kereta pun dapat duit… tetapi yang membezakan ia adalah nilai wang yang tuan dapat itu besar atau kecik itu sahaja… dan satu lagi yang berbeza adalah adakah tuan akan dapat berpanjangan atau tidak…
Sekali lagi Pilihan Menyinari Kehidupan Kita. Tuan pilihlah yang mana satu yang tuan hendak… tuan kena ingat tuan, jika anda berkecimpung dalam bisnes network marketing ini tuan… anda akan berhadapan dengan orang ramai… maka orang yang kita jumpa ada pelbagai ragam. Apakah persepsi yang ingin tuan mahu mereka lihat pada tuan??? Seorang yang mata duitan??? seorang yang hebat berkata-kata? atau seorang yang rendah diri dan boleh dijadikan sebagai role model untuk diikuti??? Sekali lagi PILIHAN MENYINARI KEHIDUPAN. Tuan pilihlah tepuk dada tanya hati…
Apa yang penting tuan, jika anda mahu berkecimpung dalam bidang network marketing ni… tuan kena menjiwai konsep bisnes ini sendiri… dimanakah kekuatan sebenar dalam bisnes network marketing??? dari segi produk ke?? syarikat ke?? terpulang kepada untuk menilainya… bagi saya. Bisnes Network Marketing adalah satu bisnes yang penuh dengan seninya… penuh dengan maksud tersiratnya… Bukan Sekadar wang ringgit atau ganjaran lumayan yang dijanjikan oleh syarikat sahaja… Malah ada nilai yang lebih besar sebenarnya yang tuan akan dapat sekiranya tuan dapat menjiwai sepenuhnya bisnes network marketing. Sekiranya Wang Ringgit menjadi fokus utama untuk anda menceburkan diri dalam bisnes ini… saya yakin dan pasti… amat sukar untuk anda bertahan lama dalam bisnes ini…. kerana bisnes Network Marketing Its Not Only About Money. Its All About to Build Up A Strong Organization…
Sekian Terima Kasih
m_rasheidy
-Sincere.Love.Care-
http://moc123.ads4blog.net
March 8, 2010
Samada anda sedar atau tidak kehidupan sehari-hari kita dipenuhi dengan pilihan. Mahu tak mahu kita kena juga memilih… Kebiasaannya kita memilih mengikut apa yang kita suka….
Sebagai contoh: Setiap pagi anda sendiri sudah membuat pilihan… pilihan untuk memakai baju berwarna hitam,putih atau merah. begitu juga dengan tali leher untuk dipakai. Anda akan Memilih mengikut kesesuaian warna baju anda. Jika tidak anda akan nampak ganjil sekiranya warna tali leher yang anda pakai tidak sepadan dengan warna baju anda.
Sekali lagi anda membuat pilihan. Anda boleh memilih untuk kepejabat dengan pengankutan awam atau pun dengan kenderaan sendiri. Jika anda tidak membuat pilihan yang tepat. Anda mungkin akan mengalami kesesakan. Samada kesesakkan jalanraya ataupun kesesakan untuk menaiki pengangkutan awam. Jika tersilap pilih maka anda mungkin lambat sampai ke pejabat dan akhirnya dimarahi oleh bos anda.
Apa yang boleh kita simpulkan disini pilihan yang kita buat akan menentukan masa depan kita. Samada baik ataupun tidak. Tetapi kadangkala kita terpaksa memilih untuk membiarkan kehidupan kita untuk tidak terus menjadi lebih baik atau indah hanya disebabkan oleh keadaan diri kita yang takut untuk berubah.Takut akan dipandang serong oleh masyarakat. Takut untuk gagal dan pelbagai lagi ketakutan yang melanda diri anda… mengapa perlu takut tuan??? mengapa??? tuan sendiri ada jawapanya… Saya tidak boleh nak huraikannya disini…
Jadi tuan-tuan, tanya diri sendiri… mengapa tuan memilih untuk terus hidup dalam keadaan biasa… Sedangkan hati tuan membuak-buak inginkan perubahan dalam hidup tuan-tuan. Samada dari segi taraf ekonomi dan gaya hidup. Ini Kerana Percaya atau tidak… Tuan Ada Impian yang tuan ingin capai… Jika anda belum mencapainya lagi… Capailah ia tuan… Capailah ia tuan… Pergilah Kesana Tuan…
CARI JALAN UNTUK SAMPAI KESANA….
CARILAH JALAN UNTUK MENCAPAI IMPIAN ANDA!!!
Sekian Terima Kasih…
m_rasheidy
sincere.love.care
http://moc123.ads4blog.net
March 7, 2010